01 January 2011

SALAM TAHUN BARU 2011


Pejam celik Pejam celik dah masuk taun baru dah kita rupanya.. Umur pun dah semakin meningkat. hehehe. Mesti diantara kita sudah menetapkan azam baru untuk tahun ini. Apapun semoga azam anda di tahun ini akan tercapai.


Hari ini adalah hari bahagia buat satu2nya adik lelaki ku yang dah selamat menjadi tunangan orang. Semoga bahagia dan akan kekal hingga ke jinjang pelamin hendaknya. Tunangnya orang sabah.. so far di seberang laut sana. ruginya kami tak dapat hadir ke majlis itu. tapi nasib baik hubby dan ayahku menemaninya di sana. Mamaku plak tak dapat pergi coz kurang sihat dan uruskan persekolahan adik2. Apapun we love u all so much. [Gambar akan di upload nanti]... Harap sabar menanti. :)


Hari ni jugak aku, mama dan adik2 [ yang no3 tak ikut coz kena tinggal kat umah bakal mak mentua.:) ] pergi window shopping! hehehe. Shopping buat org nak kembali ke sekolah.. orang paling gembira mestilah adik2ku yang akan bersekolah hari isnin nanti. Penat sungguh layan karenah diorang ni.. cerewet sangat!.. Apapun aku gembira dapat membeli apa yang dihajati mereka. Harap mereka akan belajar bersungguh2 nanti. :)

No comments:

Post a Comment