Nabi
Sulaiman pernah bertanya kepada seekor semut tentang berapa banyak
makanan yang diperlukannya untuk hidup dalam setahun. Semut menjawab, ia
hanya perlukan makanan sebanyak sebiji butir gandum. Lalu Nabi Sulaiman
memasukkan semut tersebut dalam satu botol dengan diletakkannya gula
sebesar sebutir gandum. Mulut botol itu kemudiannya ditutup.
Cukup
tempoh setahun, mulut botol itupun dibuka semula oleh Nabi Sulaiman.
Anehnya, baginda dapati hanya separuh sahaja daripada gula sebesar butir
gandum itu yang habis dimakan oleh semut tersebut. Nabi Sulaimana
bertanya, mengapa hanya separuh makanan sahaja yang dihabiskan sedangkan
semut pernah berkata ia perlukan makanan sebesar sebiji buah gandum?
Sang
semut menjelaskan bahawa jika di luar botol rezekinya dijamin
sepenuhnya oleh Allah dan dia yakin Allah pasti akan mencukupkan
rezekinya. Sebab itu dia tidak perlu risau dengan hakikat itu. Tetapi
apabila dikurung oleh manusia (Nabi Sulaiman) dia mengambil langkah
berjaga-jaga dan berjimat cermat kerana tidak yakin dengan sifat
prihatin manusia. Mana tahu, kalau-kalau manusia itu terlupa lalu
mengurungnya terlebih daripada tempoh satu tahun? Apa akan terjadi
kepadaku?
No comments:
Post a Comment