14 July 2013

LAKUKANLAH HAL INI SEBELUM TIDUR

Rasulullah bersabda :
"Ya Aisyah, jangan engkau tidur sebelum melakukan 4 perkara, yaitu :

1. Sebelum khatam Al Qur’an
2. Sebelum membuat para Nabi memberimu syafaat di hari akhir
3. Sebelum para muslim meridhoi kamu
4. Sebelum kau laksanakan haji dan umroh”

Aisyah bertanya, "Ya Rasulullah, Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?"

Rasul tersenyum seraya bersabda,
1. “Jika engkau tidur bacalah : Al Ikhlas 3x seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur’an."
(Bismillaahir rahmaanir rahiim, Qulhuallaahu ahad, Allaahushshamad ¬¬, lam yalid walam yuulad, walam yakul lahuu kufuwan ahad).

2. "Membaca sholawat untukku dan para nabi sebelum aku, makakami semua akan memberi syafa’at di hari kiamat."
(Allaahumma shallii a`laa Sayidina Muhammad wa a`laa aalii Sayidina Muhammad).

3. "Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meridhoi kamu."
(Astaghfirullaa ¬¬hal adziim alladzii laa ilaaha illaa huwal hayyul qoyyuum wa atuubu ilaih)

4. "Perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umroh."
(Subhanallaahi Walhamdu lillaahi walaailaaha illallaahu Allaahu Akbar)

Subahanallah..., ternyata ISLAM itu Mudah dan Indah.

11 July 2013

Nurich Lacto-Lite

Assalamualaikum....

Sharing is caring..
Photo: Nurich Lacto-Lite

Nurich Lacto-Lite Minuman Serbuk Yogurt Kultur Hidup dan Inulin menggabungkan kebaikan kultur hidup dan inulin untuk menjamin kesihatan sistem penghadaman.

Kultur hidup terdiri daripada bakteria baik ("friendly bacteria") yang berfungsi untuk membantu pencernaan.Inulin (sejenis fiber) pula membantu pertumbuhan bakteria dalam system penghadaman.

Fungsi-fungsi Nurich Lacto-Lite Minuman Serbuk Yogurt Kultur dan Inulin:
- Menggalakkan pertumbuhan bakteria baik dalam usus dan membantu penghadaman
-Membantu penyerapan mineral dan vitamin
-Melegakan sembelit
-Melegakan simptom intoleransi laktosa ("lactose intolerance")

BERMINAT????? @ MAHUKAN KETERANGAN LEBIH LANJUT TENTANG NURICH LACTO-LITE...
SILA PM SAYA,TQ.......

Saya nak kongsi satu lg produk dgn kawan2...hihihi...Sejak dulu saya tercari-cari produk yang dapat melawaskan sistem pembuangan saya.. ini kerana saya sering mengalami sembelit yang teruk. tp sekarang Alhamdulillah.. saya diketemukan dengan Nurich Lacto-Lite ini. Masalah sembelit saya dapat diatasi disamping ia membantu menurunkan berat badan saya. ;)

Kat sini ada info berkenaan produk ni... bacalah yer... moga ia dapat membantu.. ;)

Nurich Lacto-Lite Minuman Serbuk Yogurt Kultur Hidup dan Inulin menggabungkan kebaikan kultur hidup dan inulin untuk menjamin kesihatan sistem penghadaman.

Kultur hidup terdiri daripada bakteria baik ("friendly bacteria") yang berfungsi untuk membantu pencernaan.Inulin (sejenis fiber) pula membantu pertumbuhan bakteria dalam system penghadaman.

Fungsi-fungsi Nurich Lacto-Lite Minuman Serbuk Yogurt Kultur dan Inulin:

  • Menggalakkan pertumbuhan bakteria baik dalam usus dan membantu penghadaman
  • Membantu penyerapan mineral dan vitamin
  • Melegakan sembelit
  • Melegakan simptom intoleransi laktosa ("lactose intolerance")

BERMINAT????? @ MAHUKAN KETERANGAN LEBIH LANJUT TENTANG NURICH LACTO-LITE... SILA HUBUNGI SAYA,. 0199491545...TQ.......

Marine Essence Beauty Bar

Assalamualaikum...
Photo: Marine Essence Beauty Bar

Bar Kecantikan Marine Essence dirumus khas untuk menyihatkan, melembapkan dan meremajakan kulit. Ia diperkaya dengan antioksidan dan minyak asli untuk memberikan manfaat yang terbaik untuk kulit anda.

 Bar kecantikan Marine Essence memanjakan kulit anda sambil menghidratkan dan melembutkannya. Kulit terasa selembut sutera apabila disentuh.

 Diinspirasi daripada bentuk organik kerang laut dengan haruman yang menawan, Bar Kecantikan Marine Essence pasti merangsang anda menggunakannya setiap hari!

untuk keterangan lebih lanjut sila PM saya....tq
Kat sini saya nak kongsikan keistimewaan bar kecantikan Marine Essence.. Sabun ini saya panggil sabun pemutih ketiak.. nak tau kenapa?.. sebab sabun ini dapat mencerahkan bahagian pelipat2 yang warna gelap.. biasanya kita nampak kat area bawah ketiak, celah peha, kat leher serta tempat2 yang agak terselindung. ini disebabkan kita kurang berikan perhatian sekitar itu dan berlaku juga akibat masalah hormon,  Jika di gunakan secara berterusan.. In Sha Allah pasti Mujarab. Saya dan keluarga sudah menggunakannya.. :)


Bar Kecantikan Marine Essence dirumus khas untuk menyihatkan, melembapkan dan meremajakan kulit. Ia diperkaya dengan antioksidan dan minyak asli untuk memberikan manfaat yang terbaik untuk kulit anda.

Bar kecantikan Marine Essence memanjakan kulit anda sambil menghidratkan dan melembutkannya. Kulit terasa selembut sutera apabila disentuh.
Diinspirasi daripada bentuk organik kerang laut dengan haruman yang menawan, Bar Kecantikan Marine Essence pasti merangsang anda menggunakannya setiap hari!



untuk keterangan lebih lanjut sila PM saya ok..0199491545....tq

See u all again...;)

10 July 2013

Salam Ramadhan Al Mubarak 1434 H

Assalamualaikum..

Wahhh.. dah hampir setahun saya tak update blog ni... rindu nak menulis balik... huhuhu... tengok sajalah post yang last sekali bertarikh 30 oktober 2012.. Anak buah saya pun dah besar..hihi.. sorrylah yer coz saya alami kekangan masa tuk menulis di sini.. kalu update FB pun jarang-jarang jer.. Apapun saya happy coz dapat baca blog members lagi.. so sweet...:)


Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan Salam Ramadhan 1434H kepada keluarga yang tersayang.. saudara mara dan teman-teman semua.. Semoga Allah memberkati kita semua.. 

Indahnya DUNIA hanya sementara,
Indahnya saat GEMBIRA hanya seketika,
Indahnya MIMPI kadang-kadang tak pasti, tapi
Indahnya Ramadhan tak dapat ditukar ganti
SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK

see u all again..tq...;)

30 October 2012

OUR NEW FAMILY MEMBER..:-)

salam....

sejak dua menjak ni tak dapat nak jenguk apatah lagi update my lovely blog ni... masa bnyk dihabiskan dengan aktiviti harian... bila malam jer mulalah penat... asyik nak tido awal jer.. hehehe.

oklah kat sini saya nak introduce my handsome nephew yg dilahirkan pada 15 September 2012 baru2 ni...

My name is Muhammad Syamil Aryan...



19 August 2012

SELAMAT HARI RAYA ADILFITRI...


Selamat Hari Raya Aidilfitri... Maaf Zahir dan Batin daripada kami sekeluarga...

~_>

30 July 2012

Salam Ramadhan buat semua....


Pejam celik.. pejam celik dah masuk hari ke 10 kita menjalani ibadah puasa.. sekejap je masa berlalu... dan bila ditilik dipandang rupa2nya saya dah lama tak update blog ni... sibuk ngan kije skit dua tiga menjak ni,,, penat sangat.. huhuhu... 

Apapun saya harap belum terlambat tuk saya ucapkan SALAM RAMADHAN 1433H  kepada semua muslimin dan muslimat. Semoga kita mendapat keberkatan dan petunjuk daripada Allah SWT.  serta menghayati bulan yang penuh keberkatan ini dengan sebaik mungkin. Insyaallah...

ok.... itu ajer...see u all again...;)

p/s: Selamat berbuka!!!!

15 April 2012

5 TIPS AGAR JIWA TABAH MENGHADAPI UJIAN

1. DUNIA INI SEMENTARA, ALLAH PENENTU SEGALANYA

Sentiasa menyedari bahawa hidup di dunia ini hanya lah sementara dan permainan sahaja. Kita hidup atas dunia ini hanya sekali, jadi kita tidak boleh mensia-siakannya dengan sesuatu yang tidak bermakna.
Ikhtiar yang disertai dengan niat yang sempurna itulah yang perlu ada. Perkara apapun yang terjadi, kita patut serahkan sepenuhnya kepada Allah Yang Maha Tahu agar menentukan yang terbaik buat kita. Kita harus sedar betul bahawa, yang terbaik bagi kita menurut pandangan kita, belum tentu terbaik bagi kita menurut Allah Ta’ ala. Pengetahuan kita tentang diri kita atau tentang apapun amat terbatas. Sedangkan pengetahuan Allah menyeliputi segala-galanya. Sehingga betapa pun kita sangat menginginkan sesuatu, tetapi hati kita harus kita persiapkan untuk menghadapi kenyataan yang tak sesuai dengan harapan kita. Kerana mungkin itulah yang terbaik bagi kita. Ingatlah bahawa, ALLAH itu Maha Adil lagi Bijaksana.

2. REDHA

Realiti hidup yang terjadi pada kita, kita kena terima dengan redha dan seadanya. Itulah kenyataan dan episod hidup yang harus kita jalani. Emosional, sakit hati, tertekan, atau apa jua perkara yang membuat hati kita menjadi kecewa dan sengsara, harus kita tinggalkan. Ingatlah bahawa, samaada kita tertekan dan tidak gembira, atau kita tidak tertekan dan gembira, ia tetap begitu jadinya.
Maka adalah lebih baik kita redha dan terima apa yang berlaku dengan berlapang dada dan hati yang terbuka. Perit kita telan, manis pun kita telan. Nikmatilah pahit manis itu seadanya.

3. INGAT JANJI ALLAH

Meyakini bahawa hidup ini bagai siang dan malam yang pasti silih berganti. Tak mungkin siang terus menerus dan tak mungkin juga malam terus menerus. Pasti setiap kesenangan ada hujungnya begitulah masalah yang menimpa kita, pasti ada akhirnya. Kita harus sangat sabar menghadapinya. Ujian yang diturunkan Allah kepada kita, pasti sudah ditetapkan dengan penuh keadilan. Tak mungkin ujian yang menimpa itu, melampaui batas kemampuan kita. Kerana Allah tak pernah menzalimi hamba-hambaNya. Ingatlah bahawa, semua fikiran negatif dan emosi buruk kita hanya akan mempersulitkan dan menyengsarakan diri kita saja. Pujuklah h ati, agar kita tidak menekan diri sendiri. Hati dan fikiran kita dipujuk agar tetap tenang, tabah dan sabar. Kita harus berani menghadapi mehnah masalah ujian demi ujian. Kita tak boleh lari dari kenyataan. Kerana lari nya kita itu tak akan menyelesaikan masalah. Bahkan ia sebaliknya hanya akan menambah permasalahan.
Jadi, semua yang berlaku harus kita hadapi dengan baik. Kita tak boleh menyerah mudah, kita tak boleh kalah menyerah. Pastinya segala sesuatu itu ada akhirnya. Begitu jualah permasalahan yang kita hadapi. Seberat manapun ujian Allah pada kita, yakinlah dengan janji Allah Ta’ ala : “Fa innama’al usri yusran, inna ma’al usri yusran”. Maka sesungguhnya bersama kesulitan itu pasti ada kemudahan, dan bersama kesulitan itu pasti ada kemudahan. Janji Allah itu pasti benar. Kerana itu, apalah guna kita menekan diri.

4. PASTI ADA HIKMAH

Semua apa yang terjadi, samaada baik atau buruk, terjadi adalah dengan izin dan kehendak Allah Ta’ ala. Dan pastinya Allah tak mungkin berbuat sesuatu dengan sia-sia.
Setiap sesuatu perkara itu, pasti ada hikmah disebaliknya. Sepahit mana pun derita yang kita tanggung, pasti ada kebaikan yang terkandung di dalamnya jika kita terima dan hadapi dengan sabar dan redha. Cuba kita renung dan fikirkan, kenapa Allah mentakdirkan semua ini menimpa kita. Setidak-tidaknya ia adalah sebagai peringatan atas dosa-dosa dan kelalaian yang kita telah lakukan. Atau mungkin Allah mahu naikkan darjat dan kedudukan kita di sisi Nya.
Mungkin agak sukar untuk kita sedar kesilapan dan kesalahan yang telah kita lakukan. Namun, iktibar dari setiap ujian yang menimpa sebenarnya mencerminkan amalan dan tingkah laku yang kita lakukan. Tak usah takut atau bimbang menerima kekurangan dan kesilapan yang kita telah lakukan. Yang penting, kita mesti berazam sungguh-sungguh untuk memperbaiki kelemahan yang ada. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun dan Maha Penerima Taubat. Muhasabahlah diri, bertaubat atas dosa dan mohonlah hidayah dan kekuatan daripadaNya.

5. ALLAH SAJA PENOLONG KITA

Kita wajib meyakini bahawa, walau seluruh manusia, jin dan semua makhluk atas dunia ini bergabung untuk menolong kita sekalipun, ketetapan Allah tetap akan berlaku. Semua usaha pasti tidak akan membuahkan hasil tanpa izin Allah Ta’ala. Hati kita mesti bulat yakin sepenuhnya bahwa hanya Allah lah satu-satunya yang dapat menolong dan memberi jalan keluar terbaik daripada sebarang perkara yang terjadi. Allah Maha Berkuasa atas segala-galanya. Dialah pemilik dan penguasa segala sesuatu. Dialah yang mengatur segala-galanya.
Maka, kita harus bermunajat dan berusaha menagih simpati daripadaNya agar menolong kita. Mengadu dan dekatilah Allah dengan membuat amalan yang disukaiNya. Pohonlah hidayah, kekuatan dan pertolongan daripadaNya. Bebaskan hati dan diri kita daripada mengharap pada makhluk dan selain daripada Allah. Tagih dan pintalah pertolongan dengan sabar dan solat. Ingatlah firman Allah Ta’ ala yang bermaksud “ Barang siapa bertakwal kepada Allah, nescaya akan diberi jalan keluar dari setiap urusannya dan diberi rezeki dari arah yang tak disangka-sangka, dan barang siapa yang bertawakal kepada Allah nescaya akan dicukupi segala keperluannya.”(QS [65] : 2-3)
p/s: Semoga kita dikurniakan kekuatan dan petunjuk untuk menghadapi segala rintangan dan cabaran dalam hidup.. Ingatlah Mencintai Allah S.W.T adalah cinta yang kekal abadi.. :)